Siri Redmi Note 15 Pro Dilancarkan – Cip Snapdragon 7s Gen 4 Dan Bateri 7000mAh
Redmi secara rasminya melancarkan siri Redmi Note 15 di China dengan tiga model berbeza iaitu Redmi Note 15 Pro+, Redmi Note 15 Pro, dan Redmi Note 15. Ketiga-tiganya tampil dengan spesifikasi menarik dengan penekanan terhadap pengalaman penggunaan yang dipertingkatkan.

Redmi Note15 Pro+ menggunakan skrin 6.83-inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kaca pelindung Xiaomi Longjing Glass. Ia turut menyokong pelbagai teknologi paparan seperti HDR10+, Dolby Vision dan PWM 3840Hz untuk pengalaman paparan yang selesa.
Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan 512GB. Selain itu,ia dilengkapi tri-kamera utama dengan sensor 50MP (OIS) + 50MP telefoto (OIS) + 8MP ultra-lebar dan swafoto sebesar 32MP.
Peranti dibekalkan bateri 7000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W, di samping melepasi sehingga empat penarafan IP69K, IP69, IP68 dan IP66.

Seterusnya, Redmi Note 15 Pro hadir dengan cip Mediatek Dimensity 7400-Ultra bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalamna 512GB. Ia mempunyao skrin AMOLED 6.83-inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3200nits. Ia turut menyokong teknologi paparan tambahan seperti HDR10+, Dolby Vision dan DCI-P3.
Bateri berkapasiti 7000mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 45W dan berbalik 22.5W melalui port USB-C. Tetapan kamera terdiri dengan sensor utama 50MP (OIS) + 8MP ultra lebar manakala kamera hadapan sebesar 20MP. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo dengan sokongan audio Dolby Atmos serta fungsi NFC.

Akhir sekali ialah Redmi Note 15. Peranti dikuasai oleh cip Snapdrafon 6 Gen 3 bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Skrin adalah sebesar 6.77″dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3200nits.
Ia dilengkapi bateri 5800mAh dengan pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Sistem kamera peranti terdiri daripada sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 8MP. Peranti turut menyokong pembesar suara stereo dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2. Harga jualan penuh adalah seperti dibawah:
Redmi Note 15 Pro+
- 12GB + 256GB = ¥1999 (~RM1,175)
- 12GB + 512GB = ¥2199 (~RM1,293)
- 16GB + 512GB = ¥2399 (~RM1,410)
- 16GB + 512GB (versi mesej satelit) = ¥2499 (~RM1,469)
Redmi Note 15 Pro
- 8GB + 256GB = ¥1499 (~RM881)
- 12GB + 256GB = ¥1699 (~RM999)
- 12GB + 512GB = ¥1899 (~RM1,116)
Redmi Note 15
- 6GB + 128GB = ¥999 (~RM587)
- 8GB + 128GB = ¥1099 (~RM646)
- 8GB + 256GB = ¥1299 (~RM763)
- 12GB + 256GB = ¥1499 (~RM881)