Sony Berhenti Mengeluarkan Mesin Perakam Blu-Ray
Effi Saharudin
Pasaran media fizikal semakin mengecil disebabkan populariti storan awanan dan penstriman. Akibatnya tahun lalu Sony berhenti mengeluarkan cakera Blu-Ray, MiniDisc, MD Data dan pita MiniDV. Tahun ini mereka berhenti pula menawarkan mesin perakam Blu-Ray disebabkan kurangnya permintaan daripada pasaran. Dengan ini Sony mengikuti langkah Pioneer dan LG yang telah berhenti menawarkan pemacu perakam Blu-Ray.

Dua model perakam Blu-Ray BDZ-ZW1900 dan BDZ-FBT4200/FBT2200/FBW2200 dihentikan pengeluarannya bulan ini dengan tiada model ganti akan ditawarkan ke pasaran. Walaupun telah berhenti mengeluarkan mesin rakaman Blu-Ray, Sony masih meneruskan pengeluaran mesin pemain Blu-Ray pada waktu ini. Ini mungkin kerana ia masih diperlukan untuk menyokong cakera sedia ada bersama dengan konsol PlayStation 5 yang mempunyai aksesori pemacu Blu-Ray yang dijual berasingan,