DARPA Membangunkan Sistem Anti Serangan Dron Untuk Kapal Kargo
Effi Saharudin
Penggunaan dron di medan perang terbukti berkesan di medan perang Rusia Ukraine. Ia menjadi duri dalam daging askar infantri dengan Ukraine turut berjaya menggunakan dron murahan untuk memusnahkan pesawat pengebom yang bernilai jutaan dollar milik Rusia. Mereka juga mempelopori penggunaan dron atas permukaan laut untuk memusnahkan kapal kargo milik Rusia.

Oleh itu sistem anti dron yang menyerang kapal kini dibangunkan oleh DARPA dengan kerjasama Raytheon. Projek Pulling Guard ialah platform yang ditarik di belakang kapal kargo. Ia dilengkapi pelbagai sensor, kamera dan dron yang menjadi mata di udara bagi memantau keselamatan kapal kargo yang ingin dilindungi.

Apabila mengesan ancaman dron udara atau permukaan laut musuh, pengawal Pulling Guard boleh melancarkan senjata untuk memusnahkannya sebelum ia menyerang kapal kargo. Sistem senjata elektronik, misil dan senjata tenaga terarah (seperti laser dan gelombang mikro) adalah antara yang boleh dibawa Pulling Guard bagi tujuan ini.
Pulling Guard dibangunkan kerana kapal kargo tidak boleh membawa senjata sendiri. Ini adalah sebab mengapa walaupun diserang oleh lanun, krew hanya boleh melawan semua menggunakan tembakan air. Dengan Pulling Guard ditarik di belakang kapal kargo, ia cara mengelat meletakkan senjata di atas kapal kargo.