Rekaan Konsol Mudah Alih OnePlus Tertiris
Effi Saharudin
Tahun ini kita mendengar beberapa ura-ura OnePlus akan menarik diri daripada pasaran seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya di Malaysia OnePlus masih beroperasi dengan penawaran model OnePlus 15R hari ini. Masa depan syarikat masih lagi misteri tetapi dalam masa terdekat mereka mungkin akan memasuki arena konsol mudah alih.

Laporan daripada China menunjukkan rekaan konsol mudah alih OnePlus. Ia dipercayai hadir dengan skrin sebesar 8″ dan dikuasakan oleh cip oleh MediaTek. Dapat dilihat konsol berasaskan Android ini mempunyai butang bahu fizikal dan dwi-kamera di bahagian belakang.
Konfigurasi butang fizikal dan spesifikasi lengkap konsol masih lagi misteri. Konsol mudah alih Android mungkin tidak cukup berkuasa untuk permainan PC berkuasa tinggi (menggunakan penyelaku Windows) tetapi adalah serasi untuk mereka yang gemar memainkan permainan klasik konsol lama seperti Nintendo, Sega dan PlayStation.
[sumber] Innogyan [/sumber]