Harga Microsoft Surface Mula Dinaikkan Kerana Krisis RAM Global
Effi Saharudin
Yang diramalkan dan dirisaukan kini menjadi realiti. Microsoft mula menaikkan harga semua PC Surface di Microsoft Store di Amerika Syarikat dengan ia petanda awal harga di pasaran lain turut akan mengalami peningkatan yang sama.

Model Surface Laptop 7 dan Surface Pro 11 kini adalah sehingga $500 lebih mahal berbanding harga asal pelancaran dua tahun lalu. Sebagai contoh harga jualan Surface Pro 12-inci sebelum ini bermula. $799 tetapi kini bermula $1,049 sebuah. Peningkatan harga tidak lagi boleh dielakkan kerana krisis kekurangan RAM yang melanda industri gara-gara permintaan tinggi pusat data kecerdasan buatan (AI).
Tinjauan kami pada beberapa stor atas talian mendapati harga jualan siri Microsoft Surface sudah mula dinaikkan beberapa vendor tempatan. Surface tidak dijual menerusi Microsoft Store di Malaysia. Jika anda ingin membeli Surface, sila lakukannya sekarang selagi stok lama masih ada dan ia dijual pada harga asal.
Di bawah ialah senarai harga asal beberapa model Surface semasa dilancarkan di Malaysia tahun lalu. Bandingkan dengan harga sedia ada di beberapa kedai atas talian pilihan anda.
- Microsoft Surface Pro 12″ (X Plus / 16GB / 256GB) – RM3999
- Microsoft Surface Pro 12″ (X Plus / 16GB / 512GB) – RM4399
- Microsoft Surface Laptop 13″ (X Plus / 16GB / 256GB) – RM4488
- Microsoft Surface Laptop 13″ (X Plus / 16GB / 512GB) – RM4888