Data Didakwa Milik Pelanggan Dua Bank Terkemuka Ditiriskan Ke Web Gelap
Effi Saharudin
Kemaskini : Menurut pihak OCBC pihak Information Security Office mereka, yang bertanggungjawab untuk keselamatan data syarikat dan pelanggan mereka telah menyelidik maklumat yang tertiris dan mendapati bahawa semua data tersebut adalah palsu, dan bukanlah data pelanggan mereka.
Dua set data yang didakwa mengandungi maklumat pelanggan bank Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) dan United Overseas Bank (UOB) di Malaysia telah ditiriskan menerusi sebuah laman web gelap. Maklumat yang didakwa tertiris adalah termasuk nombor telefon, alamat emel, maklumat perbankan, nombor MyKad, maklumat lesen memandu dan data pendaftaran perniagaan.

Keaslian data yang ditiriskan ini masih lagi belum disahkan. Data dimuat naik ke forum penjualan data malam semalam.
Kedua-dua bank telah menolak dakwaan ini, dan menekankan yang mana penawaran perkhidmatan mereka adalah terus selamat dan data pengguna dilindungi dengan keselamatan yang kukuh.
[sumber] Daily Dark Web [/sumber]