Meta Dilaporkan Sedang Bangunkan Ejen AI Umpama OpenClaw Yang Mesra Pengguna Awam
Aman
Meta kini dilaporkan sedang bangunkan penawaran ejen AI mereka tersendiri, termasuk yang menawarkan perkhidmatan dan produk seumpama OpenClaw yang dioptimasikan dan mesra untuk pengguna awam.
OpenClaw, seperti ramai sedia maklum, menawarkan perkhidmatan ejen AI yang boleh dihubungkan rentas perisian dan perkakasan, sekaligus memudahkan pelaksanaan tugasan berulang, pengaturcaraan, dan sebagainya tanpa memerlukan interaksi manusia.
Meta dikatakan ingin mengintegrasikan sokongan ejen AI mereka pada perkhidmatan Instagram, dan ingin melancarkan ia pada suku ke-4 tahun ini.
Buat masa ini, Meta tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi. Meta sebelum ini telah mengambil-alih Manus yang menawarkan perkhidmatan ejen AI, tetapi baru-baru ini pengambil-alihan berkenaan telah dihalang oleh China, sekaligus membuatkan Meta tidak boleh mengambil-alih Manus. Mungkin dengan pembangunan sendiri ini, mereka akan mempunyai lebih kawalan terhadap penawaran dan produk mereka sepenuhnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.