Microsoft Scout Ialah Ejen AI Dibina Berasaskan Openclaw Khusus Untuk Perusahaan
Effi Saharudin
Microsoft Scout diumumkan di acara Build pagi ni dengan Autopilot turut diumumkan. Autopilot ialah nama yang diberikan Microsoft untuk kelas baharu ejen AI yang sentiasa bekerja di latar belakang bagi memenuhi arahan yang diberikan.
Scout ialah Autopilot pertama yang dilancarkan dengan kemampuan beroperasi merentasi Teams, Outlook, OneDrive, SharePoint, emel, kalendar, perbualan dan banyak lagi. Pengguna berinteraksi dengan Scout di dalam Teams menggunakan bahasa perbualan harian biasa. Ia kemudian melakukan tugasan yang diberikan sehingga lengkap.

Ia boleh mengurangkan beban kerja harian, menjadualkan mesyuarat, menanda mesyuarat penting, dan menjana bahan persediaan yang diperlukan seperti slaid dan dokumen. Ia mempelajari tabiat bekerja pengguna Work IQ sebelum membina konteks dan keutamaan dari masa ke masa. Ia boleh menghalang tarikh dalam kalender lebih awal dan tanpa arahan dengan melihat kerja yang perlu dilakukan serta jadual peribadi pengguna.
Sistem ini dibangunkan menerusi teknologi sumber terbuka OpenClaw dan dibina menggunakan sistem sekuriti tahap perusahaan lengkap dengan kawalan organisasi bagi mengelakkan kerentanan berlaku. Contohnya Akses hanya diberikan kepada sumber yang diluluskan sementara tindakan sulit memerlukan kelulusan manusia.
Pekerja dalaman Microsoft sudahpun menggunakan Scout dalam rasa ujian dan kini ini dibuka kepada pelanggan terpilih melalui pratonton tertutup Frontier. Selain Microsoft, Meta juga telah membangunkan ejen AI berasaskan OpenClaw bulan lalu dengan ia turut sedang diuji oleh kakitangan.