Samsung Ingin Membina Pusat Data Terapung
Effi Saharudin
Elon Musk mahu membina pusat data di angkasa lepas. China pula sudah memulakan operasi pusat data bawah laut di Shanghai. Samsung kini mengambil jalan tengah dengan hasrat membina pusat data terapung (FDC) di permukaan laut.
Samsung Heavy Industries menandatangani perjanjian bersama Capital Clean Energy Carriers, sebuah firma Greece untuk merealisasikan impian ini. FDC menggunakan air laut untuk penyejukan sementara bahan api LNG pula akan menjana kuasa yang diperlukan. Ia boleh melakukan operasi di di pelabuhan, pesisir laut atau sungai.

Setakat ini Samsung telah memperlihatkan reka bentuk konsep FDC 50MW dan menerima kelulusan awal daripada Biro Perkapalan Amerika (ABS) danLloyd’s Register untuk keperluan insurans. Mereka juga bekerjasama dengan Supermicro untuk menguji operasi pelayar AI dalam persekitaran marin
FDC menyelesaikan isu kekurangan kawalan lapang dan penggunaan air melampau yang kini menjadi isu utama penentangan pembinaannya di beberapa negara termasuk Malaysia. Tetapi FDC juga berhadapan cabaran persekitaran laut menimbulkan risiko seperti getaran, hakisan air masin, kelembapan, dan kecondongan struktur semasa di permukaan laut.
Sumber – Chosun