Sennheiser Melancarkan Fon Telinga Anting-Anting Accentum Clip
Effi Saharudin
Sennheiser turut kini menawarkan fon telinga jenis anting-anting Sennheiser Accentum Clip. Dengan ini Sennheiser juga tidak mahu terlepas menawarkan jenis fon telinga yang tahun lalu mencatatkan peningkatan jualan 87% berbanding tahun lalu menurut laporan Smart Analytics Global (SAG) Wearable 360.

Rekaan fon telinga anting-anting popular kerana ia masih membenarkan bunyi persekitaran didengari tidak seperti TWS biasa dengan ANC. Accentum Clip dilengkapi pemandu audio 12mm yang menurut Sennheiser menawarkan treble yang lancar serta bass yang berkuasa. Setiap anting-anting diperbuat daripada plastik dengan bahagian sambungan daripada bahan silikon. Walaupun daripada jenis anting-anting, Accentum Clip masih mempunyai sistem pembatalan hingar.

Setiap satunya seberat 6.8g dan melepasi piawaian kalis air serta debu IP54. Terdapat pad sesentuh untuk mengawal kelantangan audio, menjadi muzik dan menjawab panggilan telefon. Ia juga menawarkan hayat penggunaan sehingga 9 jam atau sehingga 36 jam lagi menerusi pod simpanan.
Sambungan dilakukan menerusi Bluetooth 6.0 dengan sokongan codec SBC, AAC dan LDAC disamping audio resolusi Hi-Res. Pada peranti Android tambatan mudah menerusi Google Fast Pair disokong bersama dengan sokongan ditambat kepada lebih daripada satu peranti serentak.
Sennheiser Accentum Clip mula dipasarkan di China terlebih dahulu sebelum ke pasaran global dengan harga jualan CAD 270 (~RM 787) sepasang dalam warna hitam dan krim.