Apple Akan Kembali Memberikan Penekanan Kepada Rekaan Di Bawah CEO John Ternus
Effi Saharudin
Adakah produk Apple tidak lagi menarik dari sudut rekaan? Ramai peminat tegar yang saya kenali mengatakan produk Apple pasca Jony Ive nampak serupa dengan hanya perubahan kecil diberikan saban tahun. Dalam laporan terkini Mark Gurman di Bloomberg, beliau mengatakan ini akan berubah di bawah CEO baharu John Ternus.
John Ternus dilaporkan akan mengembalikan semula fokus rekaan pada produk keluaran Apple seperti di bawah era mendiang Steve Jobs. Antara visi beliau ialah menjadikan produk Apple kembali “cool” dari sudut pandangan pengguna. Produk terawal menerima sentuhan baharu ini ialah MacBook Neo yang dipuji kerana menawarkan rekaan premium tetapi pada harga yang mampu milik.

Rombakan besar pada rekaan iPhone dipercayai akan dilakukan menerusi iPhone 20 tahun depan sempena ulang tahun ke-20 ia dilancarkan. Antara ura-ura yang didengari ialah ia hadir tanpa butang fizikal, mempunyai skrin sepenuhnya, sistem Face ID bawah skrin dan mempunyai skrin melengkung di keempat-empat sisi. Ia akan menjadi iPhone pertama benar-benar di bawah kepimpinan Ternus.
Perubahan hala tuju produk Apple di bawah Ternus sudah diramalkan kerana sebelum diumumkan akan menggantikan Tim Cook, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan Apple yang sebelum ini sudah dijangka akan menggantikan Cook. Beliau menyertai Apple pada tahun 2001 sebagai ahli pasukan rekaan produk di bawah pimpinan Jony Ive,