OpenAI Lancarkan Cip AI Jalapeño Rekaan Sendiri
Effi Saharudin
Seperti yang didengari sejak setahun lalu, OpenAI hari ini akhirnya melancarkan cip Jalapeño yang direka sendiri dengan bantuan Broadcom. Jalapeño direka khusus untuk melakukan tugas inferens LLM dan ia menjadi langkah pertama OpenAI untuk membangunkan infrastruktur sendiri bebas daripada bergantung kepada NVIDIA.

Jalapeño ialah cip yang direka untuk tugas khusus yang diperlukan OpenAI dan lebih cekap berbanding GPU yang bersifat umum. Dengan cip rekaan sendiri, OpenAI dapat mengurangkan kos lebih rendah dan masa menunggu lebih pendek kerana tidak perlu berebut mendapat cip kecerdasan buatan (AI) yang juga digunakan syarikat AI lain.
OpenAI berkata, proses rekaan ke penghasilan cip pertama hanya mengambil masa 9 bulan. Proses ini adalah lebih pantas daripada biasa kerana jurutera OpenAI dan Broadcom dibantu oleh AI bagi melakukan proses rekaan dan optmasi.
Dengan Jalapeño, OpenAI kini sebaris dengan Google yang membangunkan sendiri cip Tensor, Microsoft dengan cip Maia, da Meta dengan cip MTIA.