Kakitangan Samsung Akan Berdemo Disebabkan Pemberian Bonus Tidak Sama Rata
Effi Saharudin
Mei lalu kesatuan sekerja Samsung Electronics berjaya memberikan tekanan kepada syarikat untuk menaikkan bonus dengan ancaman mogok selama 18 hari. Pekerja Samsung Semiconductor mendapat bonus tertinggi dalam sejarah dengan ia sekitar RM 1.3 juta seorang tetapi pekerja perniagaan lain Samsung menerima bonus jauh lebih rendah 6 juta won (~RM 16,000) sahaja.
Kami laporan sebelum ini, pemberian bonus tinggi hanya untuk pekerja Samsung Semiconductor mewujudkan perasaan iri hati. Kini menurut laporan The Next Web, sehingga 3000 kakitangan kakitangan Samsung Device eXperience (DX) merancang menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Samsung pada 16 Julai depan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak pengurusan.

Perniagaan lain Samsung tidak mencatatkan keuntungan besar sehingga bonus yang juga besar boleh diberikan. Hari ini muncul laporkan syarikat meramalkan keuntungan operasi meningkat 1900 kali ganda berbanding tahun lalu disebabkan permintaan RAM dan NAND.
Keuntungan Samsung Semiconductor berkait terus dengan harga RAM yang mencanak naik. Ia mendatangkan impak berbeza dengan Samsung DX kerana jualan peranti pintar akan terjejas disebabkan harga yang mahal serta margin keuntungan mengecil.
Maka tidaklah mengejutkan jika kakitangan DX merungut kerana mereka tidak mendapat bonus besar disebabkan oleh perniagaan semikonduktor yang menyebabkan pendapatan perniagaan mereka terjejas.