Tencent Dilaporkan Berminat Menjadi Pemegang Saham Terbesar Manus
Effi Saharudin
Manus merupakan salah satu firma kecerdasan buatan (AI) berpangkalan di Singapura yang. kemudiannya diambil-alih oleh Meta pada nilai $2 bilion pada penghujung 2025. Tetapi pembelian Manus ditentang oleh China kerana dilihat sebagai usaha menjual aset AI negara memandangkan syarikat ini pada asalnya ditubuhkan di negara tersebut. Akibatnya Meta diarahkan menjual pegangan syarikat dengan beberapa pelabur awal Manus dilaporkan berminat mengambil alih semula syarikat.

Hari ini muncul laporkan gergasi teknologi China, Tencent antara yang berminat untuk menjadi pemegang saham terbesar Manus selepas ia diambil alih menurut laporan Reuters. Selain Tencent, ZhenFund dan HSG juga ingin menjadi pemegang saham syarikat menurut beberapa sumber dalaman. Laporan hari ini mengukuhkan ura-ura yang didengari sebelum ini.
Manus mempunyai jutaan pengguna dengan AI mereka boleh melakukan pelbagai tugasan seperti pengurusan dokumen, penghasilan grafik dan. penawaran agen AI. Meta mengambil alih syarikat bagi mengembangkan portfolio syarikat dan kemampuan AI yang sedang dibangunkan bagi menawarkan “kecerdasan buatan peribadi” menurut Mark Zuckerberg.