Microsoft Akan Lancarkan Aplikasi AI Super Tidak Lama Lagi
Effi Saharudin
Dari segi populariti, pelbagai alat kecerdasan Microsoft seperti Copilot tidak begitu dikenali ramai jika dibandingkan dengan ChatGPT atau Gemini. Menurut kajian pada bulan Mei, ChatGPT memegang hampir 54%, Gemini hampir 28% sementara Copilot hanya 1.3% walaupun ia disertakan dalam setiap PC WIndows 11 serta pelbagai perkhidmatan Microsoft.

Pagi ini, Satya Nadella mengumumkan Microsoft akan melancarkan aplikasi AI super dalam suku ini yang menggabungkan Copilot, Code dan banyak kali di bawah satu aplikasi. Ia boleh digunakan sebagai chatbot, pembantu penulisan kod, ejen AI dan alat bantuan kerja.
Aplikasi super ini akan ditawarkan kepada pelanggan perniagaan dan juga konsumer biasa. Menerusinya satu aplikasi Copilot sahaja perlu dimuat turun untuk melakukan pelbagai tugas.
Selain Microsoft, OpenAI juga sedang membangunkan aplikasi AI super mereka sendiri dengan tujuan yang sama. Dengan satu aplikasi super, jumlah langganan boleh dinaikkan menerusi penawaran pakej yang menarik berbanding melanggan perkhidmatan secara berasingan.
Sumber – Gizmodo