OpenAI Mengumumkan Kini Model AI Mereka Digunakan Lebih 1 Bilion Pengguna Aktif
Aman
OpenAI, syarikat induk sebalik ChatGPT, hari ini mengumumkan model kecerdasan buatan janaan mereka kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif, dan turut digunakan oleh lebih 2 juta perusahaan di seluruh dunia.

Ini sekaligus memposisikan OpenAI sebagai penyedia perkhidmatan AI terkemuka dunia. Mengikut data terkini dikongsikan Google, mereka mempunyai sekitar 950 juta pengguna akitf untuk Gemini – pesaing terdekat untuk OpenAI atau ChatGPT.
Model terkini yang ditawarkan oleh OpenAI adalah GPT-5.6 yang hadir dalam tiga variasi, dan yang paling berkuasa dinamakan “Sol”. OpenAI sendiri kebelakangan ini telah lebih menstruktur penawaran mereka dan tidak memfokuskan kepada semua seperti sebelumnya, dan telah menamatkan perkhidmatan penjana video Sora, selain pelayar web Atlas mereka.
Bergerak kehadapan, kini pelbagai penyedia mula bersaing dengan penawaran AI berejen masing-masing, yang membolehkan pengguna mengautomasikan sejumlah tugasan dengan mudah dan pantas.