Sony Xperia 1 VIII Kini Rasmi Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM6499
Amy Maizuraa
Sekian lama dinantikan, Sony Xperia 1 VIII kini rasmi ditawarkan di Malaysia. Kehadirannya menandakan peranti mercu terbaharu daripada jenama Jepun itu. Model ini diiklankan dengan penambahbaikan yang memberi nilai kepada pengguna yang mengutamakan prestasi tinggi serta pengalaman penggunaan konsisten.

Sony Xperia 1 VIII hadir dengan skrin LTPO OLED 6.5 inci beresolusi FHD+ 1080 x 2340 piksel yang menyokong kadar segar semula 120Hz, nisbah paparan 19.5:9 dan HDR BT.2020. Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen5 bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia menggunakan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 30W serta nirwayar 15W

Peranti ini turut menjalankan sistem operasi Android 16 yang melengkapkan pakej premium yang ditawarkan. Xperia 1 VIII boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM6,499 sebuah bermula hari ini. Sebagai tawaran awal eksklusif, setiap pembelian akan disertakan fon telinga WF‑1000XM6 bersama aksesori Style Cover with Stand dengan jumlah keseluruhan RM1,784.