TikTok Shop Akan Kenakan Caj SST 6% Terhadap Penjual Atas Caj Perkhidmatan Penghantaran
Aman
TikTok Shop kini memaklumkan para penjual di platform berkenaan, menyatakan berkuat-kuasa 1 September 2026, mereka akan mula mengimplementasi caj SST sebanyak 6% atas caj penghantaran melalui platform berkenaan. Untuk tempoh pengenalan antara 1 September hingga 6 September 2026, TikTok Shop akan menanggung caj berkenaan, dan bermula 7 September 2026, caj berkenaan akan dikenakan terhadap penjual.

Caj ini diperkenalkan selari dengan perubahan entiti logistik TikTok Shop di Malaysia kepada syarikat tempatan, TikTok Shop (Malaysia) Sdn Bhd. Caj ini juga turut akan dikenakan terhadap Caj Pesanan yang Tidak Berjaya, Caj Penghantaran Awal dan juga Caj Penghantaran Pemulangan.
Caj SST tambahan baharu yang dikenakan ini adalah atas caj perkhidmatan penghantaran, dan bukannya terhadap harga jualan barangan berkenaan. Caj baharu ini adalah tambahan kepada peningkatan beberapa kali sebelum ini, termasuk pengenalan caj sebanyak 50 sen untuk setiap jualan berjaya sejak Februari 2026 lepas.