Rekod 400m Manusia Turut Dipecahkan Oleh Robot
Effi Saharudin
Semalam rekod 100m Usain Bolt dipecahkan oleh robot Tiangong Ultra yang dibangunkan oleh Beijing Humanoid Robot Innovation Center. Tiangong Ultra turut berjaya memecahkan rekod larian 400 meter dengan masa 38.16s yang jauh lebih pantas berbanding rekod dunia manusia 43.03s yang dicatatkan oleh Wayde van Niekerk ketika Sukan Olimpik Rio 2016.

Acara Sukan Robot Humanoid Sedunia kedua di Beijing disertai lebih 2056 atlet robot daripada 16 negara dengan sebanyak 51 acara dipertandingkan. Antara yang dipertandingkan ialah lompat tinggi, tenis, ping pong, tinju, bola sepak dan Tai Chi.
Ini adalah peningkatan daripada acara tahun lalu yang hanya disertai 500 atlet robot seakan manusia daripada 16 negara. Tujuan utama sukan dilangsungkan ialah bagi membangunkan teknologi robot humanoid dan kecerdasan buatan dunia.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.