Amerika Haramkan Penggunaan AI DeepSeek Oleh Agensi Kerajaan
Effi Saharudin
Perang teknologi antara Amerika Syarikat dan China kini merebak ke arena kecerdasan buatan (AI) pula. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) telah mengharamkan penggunaan model AI DeepSeek oleh agensi-agensi kerajaan sejak Julai cuma baru semalam diumumkan secara terbuka.

Agensi kerajaan diarahkan membuang sebarang sistem DeepSeek pada sistem yang digunakan degan segera. Model DeepSeek menjadi pilihan kerana ianya sumber terbuka dan lebih murah berbanding model yang ditawarkan syarikat Amerika sendiri. Hanya Jabatan Pertahanan dibenarkan terus menggunakan DeepSeek mungkin bagi melakukan pemantauan kemampuan model AI yang dibangunkan oleh China.
DeepSeek yang dilancarkan tahun lalu menjadi fenomena dalam dunia AI kerana prestasinya yang tinggi tetapi dengan kos latihan yang jauh lebih rendah. Taiwan, Korea Selatan dan Australia menjdi negara terawal mengharamkan penggunaan DeepSeek pada peranti milik kerajaan kerana didakwa mendatangkan risiko sekuriti.
Tahun lalu juga senator Josh Hawley mencadangkan supaya warga Amerika Syarikat tidak membantu memajukan keupayaan AI Republik Rakyat China. Hukuman hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda sehingga $1 juta untuk orang perseorangan atau denda $100 juta untuk syarikat boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah menggunakan AI yang dibangunkan oleh China.
Sumber – Reuters