Meta Didenda $25 Bilion Kerana Insiden Cambridge Analytica
Lapan tahun dahulu, dunia dikejutkan dengan skandal Cambridge Analytica yang menggunakan data pengguna Facebook untuk melakukan sasaran kempen politik. Ia melanggar privasi pengguna sehingga menyebabkan Facebook didenda oleh FTC sebanyak $5 bilion.

Ramai mungkin menyangka isu ini sudah boleh dilupakan tetapi tidak di New Mexico. Pada tahun 2021 New Mexico menyaman Meta kerana dis yarikat itu dituduh mengelirukan pengguna mengenai privasi data mereka. Juri telah mendapati Meta bersalah dan kini perlu membayar dengan $25 bilion (~RM 102 bilion) kepada New Mexico.
Hakim Francis Mathew menyatakan bahawa penalti yang dibenarkan di bawah undang-undang negeri sebenarnya boleh melebihi $219 bilion (~RM 894 bolion) kerana ia melibatkan data peribadi 43 juta warga New Mexico, tetapi beliau mengurangkannya kepada $25 bilion. Meta menegaskan ia akan melakukan rayuan ke atas keputusan mahkamah.
Ini adalah satu lagi insiden Meta perlu membayar denda tahun ini. Pada Mac lalu Meta diarahkan membayar penalti $375 juta oleh mahkamah juga di New Mexico kerana mengelirukan pengguna tentang keselamatan kanak‑kanak di platform Facebook, Instagram dan WhatsApp.