Sokongan Copilot di TV LG Dihentikan Penghujung 2026
Effi Saharudin
Microsoft akan menamatkan sokongan aplikasi Copilot pada TV LG yang menggunakan WebOS menjelang. penghujung tahun ini menurut laporan Windows Central. Notifikasi mula diberikan pada TV dengan Copilot semalam dengan tiada sebab diberikan. Setakat ini ia hanya ditamatkan pada TV WebOS kerana notifikasi sama tidak muncul pada TV Samsung Tizen OS semasa artikel ditulis.

Sejak lima bulan kebelakangan ini Microsoft mengatur semula strategi integrasi Copilot dalam aplikasi yang dibangunkan mereka seperti Notepad, Snipping. Tool dan Photos. Pengguna rata-ratanya merungut Copilot diintegrasikan dalam aplikasi walaupun tidak diperlukan. Ia bukan sahaja menjadikan perisian lebih berat tetapi mengambil sumber memori daripada PC yang kini kekurangan RAM disebabkan ledakan kecerdasan buatan (AI).
Walaupun Copilot dibuang daripada TV WebOS, ia bukan petanda Microsoft mengibarkan bendera meneruskan penggunaannya. Microsoft baru sahaja menawarkan pakej berhenti sukarela kepada lebih 60,000 kakitangan minggu ini sebagai langkah meningkatkan lagi penggunaan AI dalam organisasi.