Pembekal ROM Terbesar Nintendo Akan Menamatkan Pengeluaran
Effi Saharudin
Macronix ialah syarikat yang membekalkan sebahagian besar cip ROM kepada Nintendo untuk digunakan pada katrij permainan. Syarikat ini mengumumkan akan mula menarik daripada pengeluaran ROM untuk permainan video secara berperingkat.

Langkah diambil selepas pengeluaran susut 39% tahun lalu dengan ia kini hanya menyumbang kepada 5% pendapatan syarikat. Oleh itu lantai kilang akan diubahsuai untuk mengeluarkan cip NAND, NOR dan eMMC yang lebih menguntungkan kerana permintaan yang meningkat.
Kehilangan pembekal ROM utama tidak bermakna Nintendo akan menamatkan pengeluaran katrij permainan fizikal seperti Sony yang akan menamatkan pengeluaran permainan fizikal pada tahun 2028. Apa yang berlaku ialah Nintendo perlu mencari pembekal berlainan dengan ia akan mengakibatkan harga katrij permainan meningkat.
Sumber – BigGo Finance