Apple Mengatakan Lebih 100,000 Aplikasi Telah Dioptimumkan Untuk iPhone Duo
Effi Saharudin
Apple mengatakan terdapat lebih 100,000 aplikasi kini telah dioptimumkan untuk iPhone Duo selepas dua minggu peranti lipat pertama mereka ini dijual ke pasaran. Mereka turut menyatakan bahawa ribuan aplikasi baharu yang dioptimumkan ditambah setiap hari.

Kepada pemilik iPhone Duo, mencari aplikasi yang serasi dengan peranti dipermudahkan dengan tab Popular Apps on iPhone Duo dan Great Games on iPhone Duo di App Store. Selain itu lencana “Made for iPhone Duo” dipaparkan pada aplikasi yang telah dioptimumkan juga di dalam App Store. Antara aplikasi pihak ketiga yang serasi dengan iPhone Duoa ialah Microsoft Word, Microsoft Outlook, Instagram, dan Zoom.
Aplikasi yang telah dioptimiumkan meletakkan palang navigasi dan butang ke belakang pada sisi kanan. Ia juga akan menggunakan keseluruhan skrin lipat apabila dibuka. Pada aplikasi yang belum dioptimumkan, aplikasi hanya muncul sebagai tingkap kecil dengan terdapat butang untuk membesarkan aplikasi sebanyak dua kali tetapi dengan palang hitam yang tidak menggunakan keseluruhan skrin.