Kamera Gimbal Kompak Pertama Vivo Akan Menggunakan Nama Vivo Pocket
Effi Saharudin
Vivo diuar-uarkan akan memasuki arena kamera gimbal kompak yang sedang didomimasi oleh DJI dan Insta360. Selepas berita mengenai kamera gimbal kompak kami terbitkan beberapa hari lalu, hari ini nama yang bakal digunakan Vivo pula tertiris ke arena web.

Menerusi nama yang dipatenkan ke USPTO, Vivo Pocket ialah nama yang bakal digunakan untuk kamera gimbal kompak pertama mereka. Masih tiada maklumat mengenai sistem kamera, lensa, sensor atau bila ia bakal dilancarkan. Tetapi dengan segmen kamera gimbal kompak sedang berkembang pesat, Vivo dan Oppo tidak mahu ketinggalan.
DJI dan Insrta360 memegang 93% pasaran kamera pintar dunia pada Q2 2026. Sementara itu sepanjang 2025 pula, DJI menjual lebih banyak kamera nircermin berbanding ahli Camera & Imaging Products Association (CIPA) Jepun iaitu Canon, Sony, Nikon, Fujifilm, Panasonic dan Casio.
Sumber – GSMArena