Meta Charm Akan Dijual Pada Harga Sekitar $300
Effi Saharudin
Pada September lalu, Mark Zuckerberg memperlihatan peranti kecerdasan buatan (AI) Muse Charm yang dilabel sebagai Tamagotchi moden dengan ejen AI Muse terbina. Menurut laporan The Information, Meta akan menjual peranti AI ini pada harga $300 (~RM 1234) sebuah.

Ia disasarkan akan dilancarkan sempena musim perayaan akhir tahun ini. Dengan setiap pembelian, pelanggan juga menerima langganan rangkaian 5G selama setahun. Selepas tempoh ini, langganan bulan mungkin dikenakan seperti penggunaan Muse yang lebih berat.
Meta masih percaya wujud pasaran untuk Muse Charm yang boleh dipakai sebagai loket atau di pergelangan tangan walaupun Rabbit R1 dan Humane AI Pin gagal sebelum ini. Ini mungkin kerana ura-ura OpenAI akan melancarkan peranti AI pertama mereka dalam masa terdekat yang direka oleh Jony Ive.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.