Samsung Lantik Won-Joon Choi Menggantikan TM ROH Sebagai Ketua Perniagaan Peranti Mudah Alih
Effi Saharudin
Samsung mengumumkan rombakan pucuk pimpinan bahagian pengurusan syarikat dengan Won-Joon Choi menggantikan TM Roh sebagai ketua Perniagaan Peranti Mudah Alih (MX). Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai COO sejak 2025 dengan beliau diberikan penghargaan dengan pelancaran berjaya siri Galaxy S26.

Walaupun tidak lagi mengetuai Samsung MX, TM Roh kekal sebagai CEO bersama Samsung Electronics dan Samsung Device Experience (DX). DX ialah bahagian perniagaan utama dengan MX, perniagaan paparan perniagaan, kelengkapan telekomunikasi perniagaan, peralatan kesihatan & perubatan, dan perniagaan kelengkapan digital bernaung di bawahnya.
Samsung menyatakan rombakan ini bertujuan untuk memasuki fasa pertumbuhan seterusnya syarikat, mengukuhkan daya saing masa depan dalam perniagaan semikonduktor dan memanfaatkan peluang pertumbuhan yang dipacu oleh ledakan AI, khususnya dalam segmen memori dan cip.