OpenAI Saman Apple – Menuduh Apple Mencuri Rahsia Dagangan
OpenAI kini memfailkan saman ke atas Apple, mengatakan syarikat gergasi teknologi berkenaan mencuri rahsia dagangan milik OpenAI, dan pada masa yang sama meminta pembekal untuk kurang bekerjasama dengan pengeluaran peranti OpenAI.

OpenAI mengatakan sedang membangunkan peranti AI peribadi, yang mungkin memberikan saingan terhadap peranti Apple. Menurut saman yang difailkan, Apple telah mendapatkan sejumlah informasi rahsia melibatkan OpenAI dengan mengambil jurutera OpenAI bekerja di Apple. Pekerja berkenaan telah bekerja di OpenAI selama enam bulan, dan kini ia turut menjadi andaian yang mana pekerja tersebut menyertai OpenAI untuk mencuri rahsia syarikat sahaja.
Apple menidakkan pelbagai tuduhan oleh OpenAI ini buat masa ini. Sebelum ini, Apple turut telah memfailkan saman ke atas OpenAI atas tuduhan yang lebih kurang sama.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.