Carian
Acara Samsung Unpacked Seterusnya Mungkin Berlangsung Pada 10 Julai Di Paris
April 26, 2024 Effi Saharudin

Acara Samsung Unpacked yang seterusnya diramalkan berlaku pada 10 Julai hadapan di Paris. Menurut beberapa sumber, pada acara ini peranti Galaxy Z Fold, Galaxy Z Flip dan Galaxy Ring baharu akan dilancarkan kepada umum.

Paris dipilih menjadi lokasi Unpacked kerana Sukan Olimpik akan berlangsung di ibu negara Perancis tahun ini. Samsung pula adalah penaja rasmi Sukan Olimpik sejak 1988. Jika tarikh di atas adalah betul, Unpacked akan berlangsung sebelum Olimpik bermula pada 26 Julai.

Selain Galaxy Z Fold dang Galaxy Z Flip, kedengaran ura-ura Samsung turut akan melancarkan Z Fold FE yang lebih mampu milik, Z Fold Ultra yang lebih premium dengan S Pen terbina dan Galaxy Buds baharu. Ura-ura kewujudan peranti ini sudah didengari sejak peranti skrin lipat generasi kedua dilancarkan Samsung. Kebenaran ura-ura ini hanya akan diketahui dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Komen