Cari @ Amanz

Setelah menguji Yahoo! Mail Beta dengan antaramuka yang serba baru sejak daripada tahun lepas, hari ini Yahoo! memperkenalkannya kepada semua pengguna mereka, sekaligus membawakan antaramuka dan rekabentuk Yahoo! Mail yang serba baru kepada semua penggunanya, serta memperkenalkan beberapa fungsi baru padanya.

Melalui Yahoo! Mail yang baru ini, ianya lebih memfokuskan kepada pembacaan dan balasan emel dengan lebih pantas lagi, selain turut sama membawakan beberapa fungsi sosial terus melalui emel Yahoo!. Selain itu, para pengguna juga boleh mengubah Yahoo! Mail mengikut citarasa anda, dengan memilih tema dan sebagainya.

Menurut Yahoo! sendiri ini merupakan perubahan terbesar yang diperkenalkan pada Yahoo! Mail sejak 6 tahun yang lepas, dimana mereka telah membangunkannya semula dan kini ianya berfungsi lebih 2 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.

Semua pengguna Yahoo! Mail sudah pun boleh mengemaskini perkhidmatan emel Yahoo! mereka kepada versi baru, dan mula menggunakannnya dengan lebih mudah dan pantas bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd