Cari @ Amanz

Laman The Pirate Bay merupakan laman web perkongsian pelbagai fail yang popular, antaranya termasuklah buku, video, muzik dikongsikan melaluinya. Namun laman ini dikatakan berkongsi secara haram kerana melanggar hak cipta sekaligus menyebabkan mereka menghadapi tindakan mahkamah.

fredrik-arrest

Semalam telah terbitnya laporan mengatakan Fredrik Neij yang tinggal di Laos telah ditahan ketika melintasi sempadan Thailand. Fredrik yang telah berkahwin dengan wanita Laos dikatakan telah menyeberangi sempadan Thailand dan Laos sebanyak 27 kali atas urusan keluarga sebelum berjaya ditangkap semalam. Sepertimana kedua pengasas lain Pirate Bay iaitu Peter Sunde dan Gottfrid Svartholm, Fredrik turut dikehendaki oleh Interpol dan dengan penahanan ini beliau akan dihantar pulang ke Sweden untuk menjalani hukuman.

Dengan tertangkapnya beliau kini semua pengasas The Pirate Bay akan menghadapi hukuman. Selain dari mereka, Kim Dotcom pengasas laman perkongsian fail MegaUpload turut menghadapi hukuman undang-undang serta pengasas laman Jiwang dan SYOK.org ditahan tahun lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd