Samsung Bersetuju Membayar $548 Juta Kepada Apple Disebabkan Pelanggaran Paten
Aman
Perbalahan paten antara Samsung dan Apple telah berlaku sejak beberapa tahun lepas, dan akhirnya, kini selepas lebih kurang lima tahun, Samsung bersetuju untuk membayar Apple lebih kurang $548 juta (~RM2.29 bilion).
Apple sebelum ini telah menyaman Samsung pada tahun 2011 yang lepas, dimana salah satunya adalah disebabkan oleh pelanggaran paten telefon pintar mereka, antaranya termasuk fungsi gesture multi-touch dan juga tap-untuk-zoom. Ketika itu, Apple menyaman Samsung sebanyak $2.5 bilion, tetapi selepas melalui pelbagai proses di mahkamah, mereka dianugerahkan dengan pembayaran paten sebanyak $1 bilion. Namun, perkara tersebut turut dibuat rayuan dan pelbagai proses lain – sehingga terkini Samsung bersetuju untuk membayar $548 juta.
Pada masa yang sama, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung, ia dikatakan mereka mempunyai hak untuk mengambil kembali sebahagian wang mereka pada masa akan datang dibawah beberapa sebab – terutamanya jika kes berkenaan memasuki ke mahkamah kembali.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.