Resident Evil 2 adalah permainan di dalam siri Resident Evil yang palin kami gemari. Resident Evil 2 membawa keunikan kerana membenarkan pemain bermain dua watak dari perspektif berbeza. Ia adalah antara 10 permainan yang kami nobatkan sebagai yang terbaik di dalam sejarah PlayStation 1. Capcom hari ini ingin mendapatkan maklum balas anda sama ada mereka harus menghasilkan semula Resident Evil 2 untuk konsol generasi terkini. Jika anda seperti kami inginkan versi dengan grafik terkini sila berikan pendapat anda pada laman Facebook rasmi Resident Evil sekarang.
Penghasilan semula permainan klasik adalah sesuatu sudah beberapa kali dilakukan Capcom. Resident Evil 1 dan Resident Evil Zero adalah dua permainan yang boleh dimainkan pada konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Menghasilkan semula RE2 dengan grafik terkini adalah sesuatu yang telah kami nantikan berdekad lamanya. Kami mahukan RE2 edisi baru kerana sejak kebelakangan ini beberapa permainan baru Resident Evil (kecuali Resident Evil 4) gagal mendapat sambutan dari peminat permainan survival horror ini.
- Pautan – Laman Facebok rasmi Resident Evil