Samsung Mengesahkan Gear S2 Boleh Digunakan Oleh Kesemua Peranti Android

Samsung Mengesahkan Gear S2 Boleh Digunakan Oleh Kesemua Peranti Android

Diterbitkan pada Sep 4, 2015 oleh .

Jam tangan pintar Samsung menggunakan sistem operasi Tizen yang menyebabkan ia hanya boleh digunakan bersama peranti Galaxy keluaran mereka. Samsung hari ini mengesahkan Gear S2 yang bakal dijual bulan hadapan akan menyokong kesemua peranti Android yang menggunakan sekurang -kurangnya Android 4.4 dan RAM sebesar 1.5 Gigabyte. Ini adalah tindakan yang baik dan dinantikan pengguna yang tidak memiliki peranti Android Samsung. Mungkin jumlah jualan jam tangan pintar mereka sebelum ini kurang memberangsangkan memaksa mereka untuk akhirnya menyokong peranti bukan Galaxy. Kini anda mempunyai lebih banyak pilihan jam tangan pintar dengan paparan bulat selain dari Motorola Moto 360, LG Watch Urbane dan Huawei Watch. Setakat ini tiada maklumat tentang bilakah ia akan mula dijual untuk pasaran Malaysia.

Samsung Gear S2


TIPS & ULASAN