Beberapa Pengguna Nexus 6P Melaporkan Panel Kaca Belakang Pecah Secara Tiba-Tiba

Beberapa Pengguna Nexus 6P Melaporkan Panel Kaca Belakang Pecah Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan pada November 9, 2015 oleh .

Nexus 6P baru sahaja dinobatkan sebagai peranti Android terbaik 2015 oleh beberapa laman terkemuka. Peranti ini mempunyai rekaan unik pada panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Kini terdapat laporan panel kaca kecil ini retak secara tiba-tiba selepas diletakkan di atas meja. Seorang pemilik melaporkan beliau meletakkan peranti di atas meja sebelum terdengar bunyi seperti gelas pecah. Apabila peranti diangkat beliau mendapati terdapat rekahan kecil pada panel kaca Nexus 6P beliau. Rekahan kecil ini semakin lama semakin merebak dan sudah kelihatan seperti retak seribu.

Nexus-6P-Pecah-3

Beberapa pengguna lain turut melaporkan perkara sama yang berlaku dan keretakan bukan berpunca dari peranti yang terjatuh ketika digunakan. Ada yang mendakwa keretakan berlaku sehari selepas peranti dibeli. Buat masa ini pihak Google dan Huawei masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai punca keretakan tanpa sebab ini. Ini pastinya menimbulkan kerisauan kepada mereka yang mahu memiliki peranti ini apabila ia dijangka dijual di Malaysia bulan ini.

Nexus-6P-Pecah-1

 


TIPS & ULASAN