Cari @ Amanz

Semalam Qualcomm memperkenalkan pemproses terbaru berkuasa tinggi mereka Snapdragon 820. Cip terbaru ini diharap dapat menandingi pemproses berkemampuan tinggi lain seperti Kirin 950 dan Exynos 7420 yang menandingi kemampuan Snapdragon 810 keluaran mereka. Umum diketahui Snpadragon 810 adalah produk yang mempunyai masalah pemanasan melampau. Ini adalah sebab mengapa Samsung menggunakan Exynos 7420 keluaran sendiri kerana tidak berpuas hati dengan Snapdragon 810.

Samsung Exynos 8 Octa

Sehari selepas Snapdragon 820 diumumkan, Samsung memperkenalkan pesaingnya iaitu Exynos 8 Octa. Cip pertama yang akan dihasilkan ialah Exynos 8890. Ia menyokong rangkaian LTE Rel.12 Cat.12/13 dengan kemampuan muat turun sehingga 600 Mbps dan muat naik 150 Mbps. Cip terbaru berkemampuan tinggi ini mempunyai empat teras berkemampuan tinggi buatan Samsung berdasarkan rekaan 64-bit ARMv8 dan empat lagi teras ARM Cortex-A53. Selain daripada itu ia turut dilengkapi GPU Mali-T880 untuk kemampuan grafik yang tinggi. Exynos 8 Octa akan mula dihasilkan penghujung tahun ini dan berkemungkinan besar digunakan pada Samsung Galaxy S7 yang bakal muncul tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd