Samsung Gear S2 Berharga Bermula RM1399, Pra-Tempahan Bermula 20 November

Samsung Gear S2 Berharga Bermula RM1399, Pra-Tempahan Bermula 20 November

Diterbitkan pada November 13, 2015 oleh .

Samsung telah memperkenalkan jam tangan pintar bulat pertama mereka, Gear S2 pada bulan September yang lepas, dan kini Samsung Malaysia telah bersedia untuk pelancarannya. Untuk pengguna tempatan, Samsung Gear S2 akan ditawarkan pada harga bermula RM1399.

Samsung Gear S2 membawakan rekaan yang nipis dan cantik, selain dilengkapi dengan skrin berbentuk bulat. Jam tangan pintar ini juga berfungsi dengan lancar, dan dijana menggunakan sistem operasi Tizen.

Samsung Gear S2

Untuk menggunakan Gear S2, pengguna tidak lagi terhad untuk menggunakan telefon pintar Samsung, tetapi boleh menggunakan sebarang telefon pintar berasaskan Android KitKat dan terkini.

Untuk jam tangan pintar ini, Samsung membawa rekaan antaramuka khusus yang kemas, disamping boleh mengawalnya menggunakan gelang luar pada jam tangan pintar tersebut. Samsung Gear S2 turut membawakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk sokongan memantau aktiviti kecergasan, disamping mengikuti notifikasi.

Samsung Gear S2

Samsung Gear S2

Samsung Gear S2 ini menawarkan masa penggunaan selama 2 hingga 3 hari,dan turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Samsung Gear S2 akan dijual pada harga RM1399, sementara Samsung Gear S2 Classic pula akan ditawarkan pada harga RM1599.

Khusus untuk pra-tempahan bermula 20 November 2015 ini, Samsung Malaysia akan menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada 500 pembeli pertama, disamping melengkapkan pembelian dengan penawaran dock pengecas tambahan bernilai RM169 secara percuma. Jam tangan pintar daripada Samsung ini akan dijual bermula daripada 27 November 2015 kelak.

Layari : Laman Pra-Tempahan Samsung Gear S2


TIPS & ULASAN