Vertu Hadir Dengan Telefon “Signature Touch for Bentley”

Vertu Hadir Dengan Telefon “Signature Touch for Bentley”

Diterbitkan pada Jan 12, 2016 oleh .

Vertu telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Bentley sebelum ini untuk hadir dengan beberapa telefon pintar mewah berjenama Bentley. Lanjutan daripadanya, hari ini, Vertu dan Bentley telah pun memperkenalkan telefon pintar mereka dinamakan “Signature Touch for Bentley”.

Vertu Bentley

Signature Touch for Bentley ini merupakan penjenamaan semula telefon Vertu sebelum ini, dan hanya menyertakan penjenamaan Bentley dan sedikit perubahan pada rekaan. Sebuah logo Bentley berbentuk 3D turut disertakan, selain Bentley mengatakan akan menawarkan beberapa kandungan eksklusif untuk pembeli peranti ini.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin 5.2-inci 1080p, cip Snapdragon 810, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 21-megapixel dan juga kamera hadapan 2.1-megapixel.

Seperti biasa, ia hadir dengan sokongan rencam daripada Vertu, dan ia akan dijual pada harga bermula $9000 (~RM40,000). Mungkin harga ini bukan suatu masalah bagi para peminat dan pengguna kenderaan Bentley.


TIPS & ULASAN