Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman penjenamaan semula daripada Alcatel OneTouch kepada hanya Alcatel, mereka juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan dua telefon pintar baru mereka, iaitu Alcatel Idol 4 dan juga Alcatel Idol 4S.

Alcatel Idol 4 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 617, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB dan hadir dengan sokongan mikro-SD.

Alcatel idol 4S pula hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip Snapdragon 652, memori 3GB RAM, dan ruangan sotran 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Alcatel Idol 4

Untuk merakamkan gambar, kedua-duanya menyertakan sokongan kamera hadapan 6-megapixel, sementara untuk kamera belakang, Idol 4 hadir dengan kamera 13-megapixel, dan Idol 4S dengan kamera 16-megapixel.

Sesuatu yang unik untuk peranti baru daripada Alcatel ini adalah penggunaan butang fizikal BoomKey. Ia menyertakan kawalan untuk melakukan beberapa perkara dengan pantas, sebagai contoh untuk mengakses kamera dengan pantas, mengoptimasikan audio dengan hanya sekali tekan, menawarkan fungsi kawalan tambahan dalam permainan, dan beberapa fungsi tambahan yang lain. Peranti ini menggunakan Android 6.0 Marshmallow sekaligus turut menyertakan beberapa fungsi baru daripada sistem operasi Android padanya.

Alcatel Idol 4

Satu lagi perkara yang menarik mengenai penawaran Alcatel untuk Idol 4S ini adalah bungkusannya yang menggunakan kotak yang boleh diubah menjadi peranti realiti-maya – sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya dalam menikmati kandungan realiti-maya, dan tidak hanya kotak telefon semata-mata.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan dijual dalam masa beberapa bulan lagi dirantau Asia Tenggara, dan mungkin kita akan turut melihat ia dilancarkan di Malaysia dalam bebrapa bulan lagi.

Alcatel Idol 4

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd