Cari @ Amanz

Sejak beberapa minggu lepas, desas-desus berkenaan dengan iPad Air 3 telah kedengaran, dimana ia disasarkan untuk dilancarkan pada pertengahan Mac kelak bersama-sama iPhone 5SE. Hari ini, pihak 9To5Mac berkongsi info dalaman, mengatakan versi yang akan dilancarkan oleh Apple kelak bukanlah iPad Air 3, sebaliknya iPad Pro bersaiz 9.7-inci.

Apple akan menggunakan nama keluarga iPad Pro – sekaligus menawarkan ia dalam variasi saiz 12.9-inci dan juga 9.7-inci. Versi 9.7-inci ini kelak dikatakan akan menawarkan fungsi yang lebih kurang sama seperti iPad Pro yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Ia dijangka menggunakan cip A9X, serta menawarkan sokongan untuk Apple Pencil.

Sebuah papan kekunci khusus bersaiz kecil juga akan ditawarkan sebagai aksesori tambahan untuk iPad Pro bersaiz kecil ini.

Pihak Apple dijangka akan menjadualkan acara mereka pada 15 Mac kelak (16 Mac waktu Malaysia), dan akan mengumumkan beberapa penawaran baru mereka ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd