iPhone SE Mungkin Nama Akhir Bagi iPhone Bersaiz 4-inci Yang Bakal Diperkenalkan

iPhone SE Mungkin Nama Akhir Bagi iPhone Bersaiz 4-inci Yang Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada Feb 27, 2016 oleh .

Dalam terus memperluaskan pegangan pasaran peranti mudah-alih, Apple dikatakan akan hadir dengan sebuah telefon pintar bersaiz 4-inci pada bulan Mac ini dengan spesifikasi yang baik. Ia telah dikenali dengan nama iPhone 5SE sejak sebulan yang lepas.

Namun, nama akhir produk berkenaan mungkin tidak sebegitu, sebaliknya Apple mungkin memadam angka “5”, dan memanggilnya hanya sebagai iPhone SE.

iPhone 5SE

Penggunaan jenama iPhone SE juga akan mengurangkan kekeliruan dikalangan pengguna, apatah lagi iPhone dipasaran telah mencapai angka versi “6”, dan penggunaan angka “5” pada versi kelak mungkin memperlihatkan pengurangan pada penawaran fungsi dan spesifikasi.

iPhone SE ini dijangka menggunakan rekaan seumpama iPhone 5S, tetapi pada masa yang sama menyertakan beberapa elemen rekaan iPhone 6.

iPhone SE dikatakan akan menggunakan cip A9 yang berkuasa, sokongan Live Photos, kamera belakang 8-megapixel, dan sokongan cip NFC untuk pembayaran Apple Pay.

Apple akan memperkenalkan telefon pintar ini pada 15 Mac kelak, dan mula menjualnya selepas itu di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN