Cari @ Amanz

Tidak seperti Galaxy S6, Samsung Galaxy S7 & S7 Edge hadir dengan versi yang menggunakan dua cip pemproses berbeza bergantung kepada pasaran. Di Amerika Syarikat cip empat teras Snapdragon 820 digunakan manakala di Malaysia cip lapan teras Exynos 8890 pula digunakan. Beberapa video mula muncul menunjukkan perbezaan kepantasan peranti dengan dua cip berbeza ini. Peranti yang dilengkapi pemproses Exynos 8890 nampaknya lebih pantas dan lancar berbanding versi Snapdragon 820. Bagi mereka yang ingin memiliki Galaxy S7 Edge di Malaysia video perbandingan ini pastinya melegakan kerana tidak ada individu mahukan peranti yang lebih perlahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd