Huawei Menandatangani Lionel Messi Sebagai Duta Global Baru

Huawei Menandatangani Lionel Messi Sebagai Duta Global Baru

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

Huawei agak aktif dalam memposisikan jenama mereka sebagai jenama premium dan bukannya jenama China tipikal. Dalam usaha berkenaan, mereka telah hadir dengan rekaan peranti yang lebih premium, dan meneruskan usaha berkenaan, Huawei hari ini menandatangani perjanjian bersama Lionel Messi untuk menjadi duta mereka.

Untuk makluman, Lionel Messi sebelum ini merupakan duta untuk Samsung, sementara pasukan bola sepak Barcelona FC pula merupakan duta untuk Oppo.

Lionel Messi Huawei

Huawei sendiri sebelum ini telah menaja pasukan Arsenal, disamping beberapa pasukan sukan yang lain. Tajaan Lionel Messi ini telah diperkatakan sejak beberapa hari yang lepas, dan kini Huawei sendiri mengesahkannya. Tiada sebarang info berkaitan dengan nilai tajaan ini yang diumumkan tetapi ia diura-urakan beberapa juta euro dan adalah untuk beberapa tahun. Sebelum ini, Lionel Messi telah mula berlakon dalam iklan Samsung sejak daripada tahun 2013 yang lepas.

Huawei kini menduduki tangga ketiga pengeluar telefon pintar seluruh dunia, dan mungkin dengan tajaan Lionel Messi ini, ia akan menarik peminat Messi dalam menggunakan peranti Huawei ini, disamping membolehkan lebih ramai mengenali jenama telefon pintar mereka.


TIPS & ULASAN