Cari @ Amanz

Di dalam filem Ex-Machina, Blade Runner dan A.I , Android berupa manusia wujud dan hidup dikalangan manusia. Mereka melakukan pelbagai perkara dan mempunyai kepandaian buatan sehingga menyukarkan kita membezakan mereka dari manusia sebenar. Robot dengan kemampuan sebegini masih belum wujud kerana teknologi sedia ada masih belum mampu menghasilkannya. Bagi Jack Ma seorang jurutera dari Hong Kong, beliau tidak sanggup menanti lama bertekad menghasilkan android rekaan beliau sendiri.

Hasilnya ialah sebuah android yang mempunyai rupa seakan pelakon popular Scarlett Johansson. Beliau mengambil masa 18 bulan dan menghabiskan $50000 membina robot yang diberikan nama Mark I ini. Selain kelihatan seperti Scarlett, robot ini mahu memahami beberapa frasa yang disebut dan melakukan aksi senyuman dan mengenyit mata.

Ini bukan satu-satunya robot berbentuk manusia yang wujud di dunia. Di Jepun sebuah robot yang digunakan untuk menjadi penyambut tetamu sudahpun digunakan. Robot seperti ini mungkin akan menjadi salah satu robot yang akan menyebabkan 5 Juta pekerjaan manusia pupus menjelang 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd