Sokong Projek Komuniti Secara Percuma – Komuniti webe Bakal Diumumkan Pada 13 April Ini

Sokong Projek Komuniti Secara Percuma – Komuniti webe Bakal Diumumkan Pada 13 April Ini

Diterbitkan pada Apr 11, 2016 oleh .

Beberapa hari yang lalu, berita mengenai jenama ‘webe’ yang akan muncul di pasaran tempatan mula timbul dikalangan pengguna. Terdapat gambar yang turut disebarkan kad SIM webe dan juga pelan internet dari mereka namun sebelum mereka popular berikutan desas-desus ini, webe juga mempunyai platform projek komuniti dan akan lebih maklumat mengenainya turut diumumkan pada 13 April ini.

webeSepertimana yang kita tahu, projek-projek berasaskan komuniti biasanya dilakukan bagi membawakan keuntungan kepada komuniti. Projek sebegini biasanya dilakukan dengan bantuan dan sokongan dari syarikat korporat mahupun kerajaan. Namun begitu, projek berasaskan komuniti yang biasanya tidak menjana keuntungan ini selalunya tidak menerima perhatian dan sokongan dari syarikat besar. Malah terdapat projek berasaskan komuniti yang gagal di pertengahan jalan, atau tidak dapat meneruskan kelangsungannya berikutan kekangan kewangan yang diperlukan bagi menjayakannya. Perkara sebegini semestinya menghalang ramai orang dari melakukan sesuatu dan platform webe dilihat ingin membawakan pembaharuan dunia projek berasaskan komuniti.

Menerusi maklumat yang telah ada di halaman webe Community, ia merupakan satu platform komuniti bagi menyokong projek-projek yang ingin dibangunkan oleh sesiapa jua di Malaysia. Bagi menjayakan projek ini, mereka hanya memerlukan sokongan pengguna, seumpama pendanaan umum (Crowdfunding). Namun sedikit berbeza dengan Crowdfunding yang memerlukan wang ringgit, platform webe hanya memerlukan ‘sokongan dari pengguna’ (digelar Crowdbacking) terhadap projek yang disenaraikan, dan tidak memerlukan walau satu sen dari pengguna. Bagi memberikan sokongan tersebut, pengguna perlu memberikan ‘Webits’ terhadap projek yang disukai.

Sokong projek tanpa memberikan satu sen pun

Webits merupakan salah satu nilai tukaran didalam platform webe. Bagi mendapatkan Webits, pengguna hanya perlu berkongsi video dan juga kemaskini dari projek komuniti yang tersenarai. Webits yang dikumpulkan akan digunakan bagi menyokong projek komuniti yang tersenarai. Apabila sesuatu projek komuniti itu mendapat sokongan yang cukup dari pengguna, barulah projek tersebut akan menerima dana yang dipinta mereka, sekaligus membolehkan pemilik projek tersebut melakukan apa yang diinginkan. Adalah penting bagi pengguna menyokong projek menggunakan Webits kerana tanpanya, pemilik projek tidak akan mendapat dana untuk melaksanakan projek tersebut.

webe projectsJika dilihat dari langkah ini, ia sedikit sebanyak memberikan cara baru untuk projek komuniti hidup dan terus mekar kerana sokongan dari pengguna sentiasa diperlukan. Pengguna pula akan sentiasa berkongsi kemaskini dan video projek komuniti webe, sekaligus mempromosi kegiatan mereka. Dengan ini, kelangsungan projek komuniti tersebut akan sentiasa terus-menerus dan ramai akan mendapat manfaat darinya.

Buat masa ini, kemaskini menerusi laman Facebook webe dan juga Instagram webe telah berkongsi sedikit maklumat berkenaan projek-projek yang telah dilakukan mereka. Untuk fasa awal, terdapat tujuh projek yang telahpun disokong oleh webe antaranya termasuklah apa yang dilihat sebagai aplikasi berkaitan penyebaran Demam Denggi, projek berbasikal ke China, kelas untuk pelajar khas dengan menggunakan kontena, lawatan secara realiti-maya untuk pelajar yang tidak berkemampuan dan banyak lagi yang membawakan keuntungan dan manfaat kepada komuniti.

Lihat: Projek yang telah didana oleh webe

Kami juga difahamkan yang mana komuniti webe ini adalah sebagai pengisian dan contoh terhadap apa yang boleh pengguna lakukan dengan internet. Lebih banyak maklumat berkenaan projek komuniti webe akan diumumkan pada 13 April, tarikh yang sama dengan pengumuman webe. Dengan adanya projek komuniti webe, ia sekaligus memberikan persepsi yang baharu untuk penyedia internet dimana internet bukan sekadar digunakan untuk berhubung dan mendapatkan maklumat, malah lebih dari itu adalah untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk komuniti. Inilah perbezaan webe dengan penyedia internet yang lain yang hanya menyediakan capaian internet sahaja.


 

Bagi mendapatkan lebih maklumat berkenaan webe Community dan memulakan sokongan anda terhadap projek komuniti mereka, ikuti mereka di Facebook, Twitter, Instagram dan juga laman rasmi mereka.

Sokong: webe Community

Penafian: Advertorial dari webe


TIPS & ULASAN