Carian
MaGIC Melantik Ashran Ghazi Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baru
April 26, 2016 Aman

Ashran GhaziPada bulan Disember 2015 yang lepas, Magic (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) telah memulakan pencarian CEO baru, dan selepas beberapa bulan, hari ini agensi kerajaan berkenaan secara rasminya mengumumkan pelantikan Ashran Dato’ Ghazi sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru bermula daripada 1 Mei 2016 kelak.

Ashran sebelum ini telah memulakan projek Joota pada tahun 2011 yang lepas, dimana ia merupakan salah satu projek laman sosial yang telah menerima suntikan sehingga USD2.1 juta. Selepas itu, beliau turut telah mengusahakan pusat pemangkin untuk sektor kreatif, dan turut memperkenalkan anugerah untuk startup di rantau ASEAN, dinamakan Rice Bowl Start-up Awards.

Sebelum ini juga beliau pernah memegang beberapa jawatan utama, termasuk Presiden NEF, Pengerusi myHarapan, dan juga Pengerusi myNEF.

Seperti sebelum ini, MaGIC akan terus memfokuskan kepada pembangunan ekosistem keusahawnaan dan pada masa yang sama membawa pelbagai peluang kepada usahawan tempatan tidak kira sebarang bidang untuk bersaing dalam arena tempatan mahupun antarabangsa.

Komen