iPhone SE Akan Dijual Bermula 13 Mei – Harga Bermula RM1949

iPhone SE Akan Dijual Bermula 13 Mei – Harga Bermula RM1949

Diterbitkan pada Mei 2, 2016 oleh .

Apple telah sekian lama menyenaraikan iPhone SE pada laman rasmi mereka, dan memperlihatkan harga jualan rasmi. Namun, ia kekal menjadi tanda tanya berkenaan bilakah telefon pintar terbaru daripada Apple berkenaan bakal dijual di pasaran tempatan.

Apple iPhone SE

Berkongsi mengenainya, kini salah satu pengedar utama barangan Apple di Malaysia mengatakan iPhone SE akan dijual di kedai dan melalui atas-talian bermula 13 Mei 2016. Switch mengesahkan perkara ini melalui laman Facebook mereka, dan akan turut menawarkan peranti berkenaan melalui kedai fizikal dan kedai atas-talian mereka pada tarikh berkenaan.

iPhone SE merupakan telefon pintar bersaiz 4-inci daripada Apple – mengekalkan rekaan bersaiz kompak seumpama iPhone 5S sebelum ini, tetapi pada masa yang sama menawarkan pelbagai fungsi dan spesifikasi terkini – termasuk penggunaan cip A9, dan sokongan kamera belakang 12-megapixel.

Apple iPhone SE

Dua versi iPhone SE akan ditawarkan, iaitu versi 16GB pada harga RM1949, sementara versi 64GB pula berharga RM2449.

Syarikat telekomunikasi tempatan turut bakal menawarkan iPhone SE melalui pakej mereka, dan tidak diketahui lagi bilakah mereka akan memulakan penawaran mereka. Mungkin kita akan mendengar lanjut daripada Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile bermula minggu ini berkenaan penawaran iPhone SE daripada mereka.

Apple iPhone SE

Baca : Pandang Pertama iPhone SE


TIPS & ULASAN