Cari @ Amanz

Amazon telah hadir dengan Amazon Echo yang merupakan sebuah speaker yang sentiasa aktif dan boleh menjawab pelbagai persoalan pengguna. Kini, Google turut hadir dengan jawapan mereka kepada Amazon Echo dengan apa yang dinamakan Google sebagai Google Home.

Google Home

Google Home dikawal menggunakan suara dan lebih kepada dikongsikan bersama ahli keluarga lain di rumah. Ia boleh dihubungkan kepada pelbagai peralatan elektronik di rumah termasuk ke peranti mudah-alih pengguna.

Google Home hadir dengan penggunaan Google Assistant yang boleh memahami arahan pengguna menggunakan bahasa semulajadi. Menggunakannya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara, mengintegrasikannya dengan peralatan seperti televisyen, Nest, Chromecast dan sebagainya.

Google Home

Google Home

Disamping itu, ia juga turut boleh mengakses data pengguna seperti memberitahu jadual harian, menyemak jadual semasa penerbangan dan keadaan trafik di jalan raya ke tempat yang dituju.

Google Home akan dijual oleh Google kelak pada tahun ini, dan hadir dalam beberapa pilihan warna yang boleh diselarikan dengan rekaan rumah. Harga jualannya masih tidak diumumkan buat masa ini.

Google Home

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd