Carian
Samsung Pay Akan Dilancarkan Di Singapura 16 Jun Ini
June 11, 2016 Effi Saharudin

Kali pertama kita mendengar Samsung Pay akan dilancarkan di Singapura ialah pada Januari lalu. Kini Samsung mengesahkan sistem pembayaran menggunakan peranti pintar ini akan dilancarkan di negara singa selatan pada 16 Jun akan datang. Pemilik kad kredit Visa, Mastercard dan American Express boleh menggunakan peranti Samsung mereka sebagai ganti kepada kad plastik mereka.

Samsung PayPada waktu yang sama pelanggan bank Citibank, DBS, POSB, OCBC dan Standard Chartered turut boleh menggunakan Samsung Pay. Dengan pelancaran ini Singapura menjadi negara ke lima dunia yang menyokong Samsung Pay. Kelebihan Samsung Pay berbanding Apple Pay dan Google Pay yang sudah bertapak di Singapura ialah penggunaan magnetic secure transmission (MST) yang membolehkannya berfungsi seakan kad kredit biasa. Ini tidak disokong oleh dua pesaing terdekatnya. Kepada pengguna peranti Samsung tempatan, anda harus menanti beberapa bulan sahaja lagi kerana Samsung akan melancarkan sistem ini di Malaysia pada suku ke empat kelak.

Komen