Cari @ Amanz

LG sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan LG V20 pada bulan September kelak, dan ia bakal menjadi peranti terawal berasaskan Android 7.0 Nougat yang hadir ke pasaran.

Terkini, lanjutan daripadanya, beberapa gambaran (render) untuk telefon pintar LG V20 diperlihatkan – menunjukkan rekaan yang bakal dibawakan oleh telefon pintar terbaru LG tersebut kelak.

LG V20

LG V20 dijangka membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dan berkemungkinan dijana dengan cip Snapdragon 820.

Daripada gambaran yang diperlihatkan, ia kelihatan seperti kemungkinan LG V20 menawarkan rekaan modular seumpama LG G5 – dimana bahagian bawah boleh ditanggalkan dan digantikan dengan modul yang diinginkan pengguna. Perkara ini masih tidak disahkan lagi sama ada menyertakan rekaan modular ataupun sebaliknya.

LG V20 bakal diperkenalkan oleh LG sekitar 6 September 2016 kelak, dan mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

LG V20

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd